Akhir Musim

Setelah berminggu - minggu semua mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia International Campus berentap di medan jihad, bagi Persatuan SMART, 07/05/2009 adalah tarikh keramat kerana telah berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Pada hari ini, keseluruhan pelajar SMART telah pun tamat Peperiksaan Akhir Semester 08/09. Bagi mereka yang telah pulang ke kampung, selamat bercuti admin ucapkan...

Persatuan SMART turut berasa sedih kerana pada semester inilah mereka akan kehilangan abang-abang & kakak-kakak yang mereka telah sayangi dari dulu lagi..Pelajar-pelajar tahun akhir telah menamatkan perjuangan mereka pada akhir semester ini..Pada keramaiannya mereka telah pulang ke kampung dan ada sesetengah daripadanya mula mencari rezeki..**tapi xpe nanti da grad boleh pohon keje tetap**

Salam akhir daripada admin supaya mana-mana budak SMART yang balik cuti tu, jagalah diri elok-elok..masa-masa cuti nanti, ringan-ringankanlah tangan untuk bertanya khabar sahabat-sahabat anda...walaupun telah tiba musim cuti, ukhuwah sesama kita janganlah direnggangkan..

SELAMAT BERCUTI SEMUA...........JUMPA LAGI NEXT SEM...........:)

0 Comments:

Post a Comment




 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews