SMART GENERATION 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. terima kasih kepada semua pembaca dan pengunjung blog Persatuan SMART kerana masih sudi meluangkan masa anda disini. Pihak admin sangat berterima kasih atas kunjungan anda. kami sangat mengharapkan komen anda semua bagi memperbaiki dan menambahbaik lagi blog ini.

Baiklah,kita teruskan dengan update terkini mengenai Persatuan SMART. Tanggal 24 July 2010 menjadi tarikh yang sangat bermakna kepada ahli Persatuan SMART kerana pada hari tersebut telah berlangsungnya program SMART GENERATION 2010 dimana program ini bertujuan meraikan kehadiran "junior" ke UTM International Campus dan Persatuan SMART. Kami sangat bertuah kerana memiliki ahli yang sangat aktif, bekerjasama dan bersatu. Program explorace disebelah pagi bertempat di Taman Metropolitan Kepong dan pada sebelah malam pula berlangsungnya SMART Dinner yang bertemakan "Glamourous Black & White" bertempat di Dewan Besar UTM International Campus Kuala Lumpur.

Setinggi penghargaan juga kepada "Joe 2DDW" selaku pengarah program SMART GENERATION 2010 atas kejayaan saudara menjalankan program ini samada sebelum mahupun selepas program berjalan. Program SMART Gen. kali ini sungguh meriah dgn kerjasama yang diberikan oleh semua pihak iaitu daripada ahli baru, ahli tahun 2, AJK program dan ahli tahun 3.

disini, admin sertakan beberapa gambar sepanjang berlangsungnya aktiviti.































p/s : admin tidak mengupload kesemua gambar,hanya sebahagian sahaja yg diuploadkan. admin akan mengupload lagi banyak gambar ke akaun facebook SMART!

sekian,

-Admin

0 Comments:

Post a Comment




 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews