Persatuan Pelajar Pengurusan Teknologi dan Perakaunan adalah gabungan mahasiswa daripada kursus Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan (DDW) dengan Diploma Pengurusan Teknologi (DDG). Secara keseluruhan jumlah keseluruhan ahli persatuan ini termasuk pelajar tahun 1,2 dan 3 adalah hampir 500 orang.

Keahliannya pula berlaku secara automatiknya apabila seseorang mahasiswa itu mendaftarkan diri dengan mengambil kursus Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan (DDW) dengan Diploma Pengurusan Teknologi (DDG).

Pada sesi 09/10 ini, Penasihat Persatuan SMART masih kekal dipegang oleh En. Mohammad Shafie B. Abdul Rashid. Manakala Presiden baru persatuan disandang oleh Mohd Hazwan bin Hazman daripada (2DDG).Timbalan Presiden satunya adalah Syed Mohd Taufiq bin Syed Mohd Yazid(2DDG), Timbalah President 2 adalah Nor Ain binti Rahmat (2DDW), Mohd Sharil bin Rahim (2DDW) dan Siti Syakirah binti Md Yusoh (2DDG)masing-masing menjawat jawatan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha persatuan sementara itu Mohd Faliq bin Bujang (2DDW)dan Asma Asmida binti Mohd Ali (2DDG) pula menjawat jawatan Bendahari dan Timbalan Bendahari persatuan.


Banyak aktiviti telah diadakan bagi memantapkan lagi persatuan ini. Diharap kepada semua ahli persatuan ini, anda akan memberikan komitmen dengan sepenuhnya disamping kerjasama yang kukuh dan semangat bertoleransi yang tinggi bagi membentuk sebuah persatuan yang gah pada namanya dan yang aktif pada aktiviti pengurusannya.


0 Comments:

Post a Comment




 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews