Smart '09 Underground Sport's Game

Smart '09 Underground Sport's Game akan diadakan di Sport 7, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menjadi kayu pengukur kekuatan pemain futsal ahli persatuan bagi mewakili Persatuan Smart di dalam perlawanan antara persatuan-persatuan yang ada di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur.

Aktiviti ini melibatkan peserta yang terdiri daripada semua mahasiswa dan mahasiswi dari semua kursus 1DDG,2DDG dan 3DDG & 1DDw,2DDW dan 3DDW yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 7 orang wanita. Aktiviti ini dijangka akan berlangsung pada 12 Julai 2009 pada jam 10.30 pagi.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan aktiviti ini disamping memberi semangat dan dorongan kepada kursus anda masing-masing.....Selamat Berjaya !!!!!

0 Comments:

Post a Comment




 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews