SMART lawat UUM


Pada 28, 29 dan 30 Ogos 2009 yang lalu, Persatuan Pelajar Pengurusan Teknologi dan Perakaunan (SMART), Universiti Teknologi Malaysia International Campus (UTM IC) telah pergi melawat Universiti Utara Malaysia (UUM) menjayakan Program Interaksi Siswa. Seramai 73 orang ahli SMART terdiri daripada pelajar tahun 2 dan 3 serta diiringi oleh seorang pensyarah pengiring mengikuti program ini.

Program tiga hari ini telah dirancang dengan teliti untuk memberi kefahaman kepada mahasiswa berkaitan peluang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, membantu menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai pengurusan serta memberi peluang kepada peserta bertukar-tukar pandangan dengan mahasiswa universiti lain. Antara pengisian aktiviti yang disediakan adalah Ceramah Pengenalan Ke Dunia Ijazah, Lawatan ke Institut Pemikiran Tun Mahathir dan Ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Ceramah Kunci Kejayaan Siswa serta Majlis Forum yang bertajuk 1Malaysia : Kekuatan dan Kelemahan Kepada Mahasiswa.

Disamping aktiviti bersifat ilmiah, peserta program turut dibawa melawat ke Padang Besar dan Pekan Rabu untuk meninjau keadaan di sana dan mereka juga sempat mengadakan majlis berbuka puasa.

Program Interaksi Siswa ke UUM membuka peluang kepada mahasiswa mengasah bakat kepimpinan disamping dapat berkongsi pengalaman dengan rakan seangkatan serta melihat sendiri tempat-tempat yang terkenal disebelah utara Malaysia .

0 Comments:

Post a Comment




 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews