'SMART AGRO 09'



Persatuan Pengurusan Teknologi Perakaunan (SMART) Universiti Teknologi Malaysia International Campus (UTM IC) mengadakan lawatan ke Daerah Kluang Johor pada 15 dan 16 Ogos 2009.

Lawatan dua hari ini melibatkan 3 destinasi iaitu Institusi Pertanian Hitam yang mengusahakan Projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Syarikat Zenki Organik Park, Ayer Hitam yang terkenal dengan Projek Pertanian Moden Ladang Buah Naganya dan Syarikat TuNot (2Not) Enterprise mengusahakan Projek Perusahaan Makanan Ringan Industri Asas Tani (PMRIAT).

Dalam sesi lawatan ke Institut pertanian Ayer Hitam, peserta lawatan telah berpeluang melihat sendiri kaedah penanaman sayur, kekacang dan buah-buahan beserta jenis baja yang digunakan. Pengalaman ini pasti dapat menarik minat mahasiswa untuk mengusahakan tanaman tersebut di masa hadapan.

Lawatan pada hari kedua, peserta dibawa melawat sekitar ladang Pertanian Moden, Syarikat Zenxin Organik Parkyang mengusahakan tanaman herba dan buah naga. Para peserta telah diperkenalkan dengan teknik-teknik penanaman sayuran dan buah-buahan dan herba.

0 Comments:

Post a Comment




 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews